sCha Al kaseh

sCha Al kaseh

Khamis, 13 Jun 2013

OREO CHEASECAKE..YUMMY

Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci) 
• sepeket oreo cookies (buang cream tengah) blend halus 
• 1/4 cawan butter - (dalam 100g) cairkan 

Bahan Filling:- 
• 2 cawan cream cheese (500g) - lembutkan 
• 1/2 cawan gula halus 
• 1/2 sudu teh esen vanila 
• 1/2 cawan sour cream 
• 2 biji telur 
• 1 cawan oreo yang dicincang halus (optional utk letak atas/dalam) 

Cara-cara 
1. Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang dah gris dan dialas. Pre-heat oven 180 C. 
2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sampai sebati. 
3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. 
4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. (optional). Masuk adunan dalam loyang base oreo tadi.
5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) selama 45 minit 180c / sampai bahagian tengah benar2 masak. 
6. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam/bermalam baru keluarkan dari loyang. 

*masa dan suhu bergantung pada oven masing-masing.
** sour cream bole ganti jus lemon/sunquick/yogurt/ takde pun takpe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan