Watch "Takdir Cinta ♥Final Fantasy♥ - Rossa ( Lyrics )" on YouTube
scha al kaseh
sCha Al kaseh

Sabtu, 15 Jun 2013
Jumaat, 14 Jun 2013
APAM..OMEL..MEKAR BERKEMBANG..
Apam Mekar ..... Mekar tak? Boleh lah tuuu kan...... ~ scha
Apam Mekar
Rujukan : Chef schaizza
Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.
NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..
Selamat mencuba~~
Khamis, 13 Jun 2013
KUEWTIAU KUNGFU...HUBBY PEBRUT!!
Cara2 :
1- Pecah telor 2bji,gaul gn kuewtiow yg dh di bsuh n tos,pa2 pnskn myk n gorg jp,,angkat ke tepi...
Kuah :
2- Titik bawang ptih,goreng smpai naik bau msuk air.
3- Biar mendidih,msuk ayam,btang sawi,lobak,suka atila nk msuk sayur ape,sayur yg keras dlu tau.dging pn blh biar empuk.
4- pas2 msuk bncuhan tepung jagung,ikutla nk likat cmne..
5- Blhla msuk sayur2 yg berdaun,n tomato..
6- Last sekali pati ayam,garam n gula..
7- Blhla serve bersama limau,cili bsar n bwg goreng...
LAKSAM..PEBRUT HUBBY...!!
Bhn utk Laksam:
500gm tepung beras
50gm tepung gandum
Air..(xreti nk bajet sbb main agak2 je)
Sedikit minyak utk dioles pd tudung periuk.
Cara2 utk Laksam:
Cmpur kan tepung beras+tepung gandum,kacau sebati.
Masukkan air sambil mengacau tepung.
Adun sehingga tepung cair mcm nak buat kuih lapis.
Bhn utk kuah:
1/2kg ikan selayang/sardin(direbus &ambil isinya)
3ulas bwg merah
2ulas bwg putih,
sedikit halia
2cwn santan
1keping asam keping
beberapa biji lada hitam
garam &gula secukup rasa.
Cara2 buat kuah:
Semua bhn2 diatas dikisar bersama kecuali santan,asam keping,&lada hitam.
Tumbuk lada hitam,masukkan dlm campuran bhn kisar tadi.
Masukkan santan,asam keping,masak hingga mendidih.
PERHATIAN:kuah hendaklah sentiasa dikacau bg mengelakkan ia berketul.
enak dihidangkan bersama ulaman seperti kcg pnjang,tauge,timun btg&sambal belacan.
OREO CHEASECAKE..YUMMY
Bahan-bahan (loyang bulat 8 inci)
• sepeket oreo cookies (buang cream tengah) blend halus
• 1/4 cawan butter - (dalam 100g) cairkan
Bahan Filling:-
• 2 cawan cream cheese (500g) - lembutkan
• 1/2 cawan gula halus
• 1/2 sudu teh esen vanila
• 1/2 cawan sour cream
• 2 biji telur
• 1 cawan oreo yang dicincang halus (optional utk letak atas/dalam)
Cara-cara
1. Untuk Base:- Gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang dah gris dan dialas. Pre-heat oven 180 C.
2. Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana sampai sebati.
3. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
4. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. (optional). Masuk adunan dalam loyang base oreo tadi.
5. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) selama 45 minit 180c / sampai bahagian tengah benar2 masak.
6. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam/bermalam baru keluarkan dari loyang.
*masa dan suhu bergantung pada oven masing-masing.
** sour cream bole ganti jus lemon/sunquick/yogurt/ takde pun takpe
Rabu, 12 Jun 2013
MEE CELOP..KELATE MARI DEHH!!
Bahan2
a. Untuk Sup
---------------------
=800gm Tulang lembu/daging/ayam
=2 labu bawang besar (kisar)
=4 ulas bwng putih (kisar)
=1 inci halia (kisar)
=sedikit lengkuas (titik)
=Sup bunjut
=1 inci kulit kayu manis
=1 kuntum bunga lawang
=Buah pelaga
=Lada hitam tumbuk
=Serbuk lada sulah
=Daun sup/batang saderi
=Daun bawang
=Bawang goreng
=Garam/gula
b. Lain-lain
-------------
=Mee/Mihun
=Kangkung
=taugeh
=Lobak jeruk
=Ikan bilis goreng
=Serbuk cili merah
=kacang tanah tumbuk
Cara-cara
------------
1. Rebus ayam/tulang lembu/ daging di dalam periuk hingga separa empuk
2. Dalam kuali berlainan, tumis bahan kisar dan rempah tumis (bunga lawang,kayu manis,pelaga)
3. masukkan bahan no2 kedalam periuk rebusan ayam/daging tadi. masukkan juga sup bunjut,lengkuas, lada hitam dan lada sulah.
4.Renehkan sup dan perasakan dengan garam/gula. Masak lg hingga lauk empuk
5. Setelah sup siap, celup mee/mihun, kangkung, taugeh ke dalam sup panas tadi sebelum dihidangkan di dalam mangkuk.
6. masukkan kuah sup. Hiaskan dengan isi ayam/daging, serbuk cili, limau kasturi, ikan bilis goreng, kacang tumbuk, lobak jeruk dan bawang goreng.
KELUARGA KU..
MOGA ALLAH..PANJANGKAN..JODOH KAME..PELIHARA..KAME DARI MUSIBAH..JAUHKAN KAME..DARI HASUTAN..DAN BISIKAN YANG MENYESATKAN KAME..KEKALKAN LAH RASA CINTA KAME..YANG ADA KINI..UNTUK SELAMANYA..KU BERSYUKUR PADAMU YA ALLAH..UJIANMU..SUATU..ANUGERAH YANG TAK TERHINGGA BUAT KAME..CINTA KAME..SEMAKIN..KUAT..MAKIN..kUKUH..MOGA EA..KEKAL SELAMANYA..
AMIN YARABBAL ALAMIN..